Thursday 30 January 2014

ANDA PENGUNJUNG KE


FALSAFAH DEONTOLOGI



Pendahuluan Deontologi

Terdapat empat cabang falsafah utama iaitu metafizik, logik, epistemologi dan aksiologi. Di bawah cabang falsafah Aksiologi ia berkisar tentang nilai dan terbahagi lagi kepada dua, iaitu estetika dan etika. Etika membincangkan mengenai tindak-tanduk manusia dan susunan yang sepatutnya dan ia juga dikenali sebagai moral. Dalam etika, ada dua mazhab besar iaitu konsekuentialisme dan deontologi. Konsekuentialisme dipegang biasanya oleh golongan utilitarian, manakala deontologi dipegang oleh golongan Kantian.

Definisi

Definisi Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada tanggungjawab atau kewajipan seorang individu. Deon bermaksud apa yang harus dilakukan (kewajipan) atau "yang diharuskan atau diwajibkan" (duty). Deontologi ialah suatu sistem moral / etika yang mengukur baik tidaknya suatu perbuatan semata-mata berdasarkan maksud si pelaku dalam melakukan perbuatan tersebut.

Mengikut teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya (hasil / kebaikan yang akan didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan / keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan. Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Pendekatan deontologi sudah diterima dalam konteks agama sekarang dan merupakan juga salah satu teori etika yang terpenting. Contohnya seperti kewajipan seseorang yang memiliki dan mempercayai agamanya, maka orang tersebut harus beribadah, menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Falsafah ini juga mempunyai pandangan bahawa terdapat perkara-perkara yang kita tidak boleh lakukan walaupun untuk menghasilkan sesuatu yang baik.

W.D Ross iaitu seorang ahli falsafah British telah menyenaraikan tujuh peraturan berkenaan kewajipan manusia iaitu :
  • Kesetiaan – berpegang kepada janji dan bercakap benar
  • Penggantian (ganti rugi) – memberi pampasan kepada individu yang tercedera akibat tindakan salah kita
  • Rasa syukur – membalas pertolongan yang telah diberikan kepada kita
  • Keadilan – memastikan barangan yang dibahagikan kepada orang lain mengikut jumlah yang patut diterima olehnya.
  • Beneficence – melakukan apa saja yang mampu untuk membaiki keadaan insan lain.
  • Pembaikan diri – memperbaiki keadaan diri sendiri berkaitan dengan nilai dan kebijaksanaan.
  • Nonmaleficence – mengelakkan kecederaan insan lain.

Konsep-Konsep Deontologi
  1. Sistem etika ini hanya menekankan suatu perbuatan di dasarkan pada wajib tidaknya kita melakukan perbuatan itu.
  2. Disebut baik dalam erti sesungguhnya hanyalah kehendak yang baik, semua hal lain di sebut baik secara terbatas atau dengan syarat. Contohnya : kesihatan, kekayaan, kecerdikan, adalah baik jika digunakan dengan baik oleh kehendak manusia. Tetapi jika digunakan oleh kehendak jahat, semua hal itu menjadi sangat jahat.
  3. Kehendak menjadi baik, jika bertindak kerana kewajipan. Kalau perbuatan dilakukan dengan suatu maksud atau motif lain, perbuatan itu tidak disebut baik, walaupun perbuatan itu suatu kecenderungan atau watak baik.
  4. Perbuatan dilakukan berdasarkan kewajipan, bertindak sesuai dengan kewajipan disebut ‘legal’. Dengan ini kita memenuhi norma hukum.
  5. Deontologi membahagi kewajipan moral kepada 2 iaitu :
  • Kewajipan moral yang mewajibkan begitu saja tanpa syarat. Contoh janji harus ditepati senang atau tidak, barang yang dipinjam harus dikembalikan walaupun pemiliknya sudah lupa.
  • Kewajipan moral yang diikuti dengan syarat.Contoh : N Kalau kita ingin mencapai suatu tujuan, maka kita harus menghendaki sarana-sarana yang menuju ke tujuan itu. N Contoh : jika kita ingin lulus ujian, kita harus belajar dengan tekun tetapi sarana (belajar) itu hanya mewajibkan kita, sejauh kita ingin mencapai tujuan (lulus)

Deontologi menekankan perbuatan tidak menghalalkan cara kerana tujuannya. Tujuan yang baik tidak semestinya menjadi perbuatan itu juga baik. Di sini kita tidak boleh melakukan suatu perbuatan jahat agar sesuatu yang dihasilkan itu baik. Misalkan kita tidak boleh mencuri, berbohong untuk membantu orang lain. Penindasan terhadap seseorang tidak boleh dilakukan kerana ianya bertentangan dengan hak-hak yang dimiliki oleh setiap individu walaupun tindakan tersebut akan membawa kebaikan kepada masyarakat.

Sebenarnya sebagai umat yang beragama, kita berpegang teguh pada Deontologi. Ada kalanya suatu perbuatan dikatakan baik tetapi perbuatan lain dikatakan buruk. Orang yang berpegang teguh pada agama pasti mengatakan bahwa apabila ada suatu perbuatan dikatakan buruk pasti dia akan menjawab bahawa itu dilarang agama. Dalam agama mana sekalipun pasti mempunyai pandangan bahawa terdapat perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan walaupun untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Seperti agama Yahudi – Kristiani terkenal dengan sebutan The Ten Commandments seperti berdusta, mencuri, berzina, membunuh, dan beberapa lagi perbuatan buruk. Apabila ada pertanyaan mengapa hal – hal tersebut tidak boleh dilakukan pasti kita akan menjawab hal – hal tersebut merupakan larangan dari Tuhan, dan pastinya sepuluh larangan tadi juga tidak dibenarkan dalam ajaran agama lain. Begitu juga dengan agama Islam melarang semua perkara buruk kerana akan menganiaya orang lain. Oleh itu dapatlah disimpulkan disini bahawa pendekatan deontologi sememangnya diterima dalam konteks agama.

Etika Deontologi

Menurut etika deontologi, suatu tindakan dinilai baik atau buruk berdasarkan apakah tindakan itu sesuai atau tidak dengan kewajipan. Kerana bagi etika deontologi yang menjadi dasar baik buruknya perbuatan adalah kewajipan. Pendekatan deontologi sudah diterima dalam konteks agama dan menjadi satu teori etika yang terpenting.

Ada tiga prinsip yang harus dipenuhi :
  1. Supaya tindakan mempunyai nilai moral, maka tindakan ini harus dijalankan berdasarkan kewajipan.
  2. Nilai moral dari tindakan ini tidak tergantung pada tercapainya tujuan dari tindakan itu melainkan tergantung pada kemahuan baik yang mendorong seseorang untuk melakukan tindakan itu.Ini bererti walaupun tujuan tidak tercapai, tindakan itu sudah dinilai baik.
  3. Sebagai kesimpulan dari kedua prinsip ini, kewajipan adalah hal dari tindakan yang dilakukan berdasarkan sikap hormat pada hukum moral universal.
Dengan kata lain, suatu tindakan dianggap baik kerana tindakan itu memang baik pada dirinya sendiri, sehingga menjadi satu kewajipan yang harus kita lakukan. Sebaliknya, suatu tindakan dinilai buruk secara moral sehingga tidak menjadi kewajipan untuk kita lakukan. Bersikap adil adalah tindakan yang baik, dan sudah menjadi kewajipan kita untuk bertindak demikian. Sebaliknya, pelanggaran terhadap hak orang lain atau mencurangi orang lain adalah tindakan yang buruk pada dirinya sendiri dan wajib dihindari.

Etika deontologi sangat menekankan motivasi, iaitu kemahuan yang baik dan watak yang kuat untuk bertindak sesuai dengan kewajipan. Kemahuan yang baik harus dinilai baik pada dirinya sendiri dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Maka, dalam menilai tindakan kita, kemahuan baik harus dinilai paling pertama dan menjadi syarat penting dari segalanya.

Walaupun falsafah ini telah diakui oleh agama namun terdapat dua kesulitan yang dapat dilihat terhadap teori deontologi. Pertama, dalam kehidupan sehari-hari ketika menghadapi situasi dalam dilema, etika deontologi tidak memadai untuk menjawab pertanyaan bagaimana saya harus bertindak dalam situasi tegang semasa menghadapi masalah. Pada masa itu terdapat dua atau lebih kewajipan yang saling bertentangan,dan ketika itu kita harus memilih salah satu sambil melanggar yang lain, etika deontologi tidak banyak membantu kerana hanya mengatakan, bertindaklah sesuai dengan kewajipanmu.

Persoalan kedua, sebagaimana dikatakan oleh John Stuart Mill, para penganut etika deontologi sesungguhnya tidak boleh mengelakkan dari pentingnya akibat sesuatu tindakan untuk menentukan apakah tindakan itu baik atau buruk. Para penganut etika deontologi secara diam-diam menutup mata terhadap pentingnya akibat suatu tindakan supaya tidak memperlihatkan pentingnya nilai suatu tindakan terhadap moral seseorang itu sendiri.

Namun begitu dua persoalan tersebut boleh dijawab oleh W.D Ross. Beliau mengajukan prinsip prima facie. Menurut Ross, dalam kenyataan hidup ini, kita menghadapi berbagai macam kewajipan moral bahkan bersamaan dalam situasi yang sama. Dalam situasi seperti ini kita perlu menentukan kewajipan mana yang terbesar dengan membuat perbandingan antara kewajipan-kewajipan itu. Untuk itu, Ross memperkenalkan perbezaan antara kewajiban prima facie dan kewajipan-kewajipan sebenar (actual). Kewajipan prima facie adalah kewajipan yang selalu harus dilaksanakan kecuali kalau bertentangan dengan kewajipan lain yang sama atau lebih besar.

Pandangan Adam Smith, mengenai persoalan kedua adalah suatu tindakan dapat dinilai baik atau buruk berdasarkan motif pelakunya serta berdasarkan akibat atau tujuan dari tindakan itu. Hanya saja dipihak lain, bagi Adam Smith, motif dan kemahuan saja tidak dengan sendirinya menentukan nilai suatu tindakan. Juga motif tidak dengan sendirinya membebaskan seseorang dari kesalahan moral kerana tindakannya. Misalnya, seseorang tanpa sengaja membuang kulit pisang dipinggir jalan, kemudian kulit pisang itu menyebabkan seseorang yang lain terjatuh hingga terluka bahkan menemui kematian. Di sini jelas menunjukkan melakukan suatu tindakan yang salah secara moral, bukan kerana motifnya untuk melukai atau membunuh, melainkan tindakannya itu boleh mengakibatkan kerugian pada orang lain.

TEORI KANTIANISME

DEFINISI KANTIANISME

Kantianism adalah falsafah Immanuel Kant, seorang ahli falsafah Jerman yang dilahirkan di Königsberg, Prussia (kini Kaliningrad, Rusia). Kantianism atau Kantian juga digunakan untuk menggambarkan kedudukan kontemporari dalam falsafah fikiran, epistemologi, dan etika.

Kantianisme adalah pahaman di mana setiap kita mengambil keputusan, kita harus membayangkan bagaimana kita adalah pihak yang dirugikan. Pahaman ini menjelaskan bahawa bila dilakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dilakukan tanpa memperhatikan kepentingan orang lain.

Pada abad ketujuh belas dan kelapan belas perkembangan pemikiran falsafah pengetahuan memperlihatkan aliran-aliran besar: Rasionalisme, empirisme dan idealisme dengan mempertahankan wilayah-wilayah yang luas. Dibandingkan dengan falsafah abad ketujuh belas dan abad kelapan belas, falsafah abad kesembilan belas dan abad kedua puluh banyak kemunculan aliran-aliran baru dalam falsafat tetapi wilayah pengaruhnya lebih tertentu. Aliran-aliran tersebut adalah: positivisme, marxisme, eksistensialisme, pragmatisme, kantianisme, neo-tomisme dan fenomenologi.

Etika Kant memberi tumpuan hanya kepada pepatah yang mendasari tindakan sebagai baik atau buruk. Kant menunjukkan bahawa banyak pandangan akal kita kepada apa yang baik atau buruk mematuhi sistem itu tetapi menafikan bahawa mana-mana tindakan yang dilakukan atas sebab-sebab selain daripada tindakan yang rasional boleh baik. Kant juga menafikan bahawa akibat sesuatu perbuatan dalam mana-mana cara akan menyumbang kepada bernilai moral perbuatan itu, hujah beliau menjadi bahawa dunia fizikal adalah di luar kawalan dan dengan itu kita tidak boleh bertanggungjawab untuk peristiwa-peristiwa yang berlaku di dalamnya.




BIBLIOGRAFI

Immanuel Kant lahir pada 22 April 1724 di Konigsberg (sekarang Kaliningrat, UUSR), Prusia Timur, Jerman, dari anak seorang pembuat pelana kuda. Dia tinggal di kota ini sepanjang hidupnya sehingga meninggal pada usia 80-an (1804). Keluarganya penganut Kristiani yang sangat saleh. Keyakinan agamanya itu sekaligus merupakan latar belakang yang cukup penting bagi pemikiran filosofisnya, terutama masalah etika. Kant memasuki Universitas Konigsberg pada usia 16 tahun, setelah selesai ia menjadi guru swasta. Kemudian pada tahun 1755, ia kembali ke Universitas Konigsberg menjadi dosen, dan tahun 1770 ia dilantik menjadi profesor terutama di bidang logika dan metafisika.

Immanuel Kant (1724- 1804) umumnya dianggap sebagai ahli falsafah yang terkenal di antara para filsuf moden. Di sepanjang hayatnya, Kant hidup di daerah Konigsberg, Prusia Timur. Beliau memiliki kehidupan akademik yang tidak berlangsung lama, meski dia juga mengalami masa- masa Perang Tujuh Tahun (yang di masa itu Rusia menduduki Prusia Timur), Revolusi Perancis, dan awal dari karier kekuasaan Napoleon. Beliau mendapat didikan filsafat Leibnis versi Wolfian, namun terdorong untuk meninggalkannya kerana dua pengaruh: Rousseau dan Hume. Immanuel Kant hidup pada saat pencerahan di Jerman. Secara peribadi, Kant tidak memiliki pengalaman yang penuh tentangan, seperti yang dialami oleh Sokrates, Bruno, Spinoza, atau Rousseau. Beliau juga tidak pernah melancong ke luar negeri dan juga tidak aktif dalam politik. Sepanjang hidupnya, beliau tinggal dengan bersahaja di kota Konigsberg di Prusia Timur. Di kota ini pula dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat dipengaruhi oleh pietisme. Kant diasuh dengan nilai- nilai kerajinan, kejujuran, dan kesalehan yang ketat. Di usia tuanya Kant sentiasa berterima kasih kepada ibunya yang mendidiknya untuk jujur dan menghindari segala bentuk dusta. Suasana pengasuhan pietistis ini besar pengaruhnya dalam pemikiran Kant yang sangat menjunjung tinggi kewajipannya sebagai seorang manusia.

Pemikiran Immanuel Kant

Perkembangan pemikiran kant mengalami empat jangka masa;
a) Tempoh masa pertama ialah ketika ia masih dipengaruhi oleh Leibniz Wolf, iaitu sampai tahun 1760. Periode ini sering disebut sebagai masa rasionalistik
b) Tempoh masa kedua berlangsung antara tahun 1760 – 1770, yang ditandai dengan semangat skeptisisme. Periode ini sering disebut periode empiristik
c) Tempoh masa ketiga dimulai dari inaugural dissertation-nya pada tahun 1770. Periode ini bisa dikenal sebagai tahap kritik.
d) Tempoh masa keempat berlangsung antara tahun 1790 sampai tahun 1804. Pada periode ini Kant mengalihkan perhatiannya pada masalah agama dan problem-problem sosial. Karya Kant yang terpenting pada periode keempat adalah Religion within the Limits of Pure Reason (1794) dan sebuah kumpulan esei berjudulEternal Peace (1795).

Akar-akar Pemikiran Immanuel Kant
Immanuel Kant adalah filsuf yang hidup pada puncak perkembangan “Pencerahan”, iaitu suatu masa di mana corak pemikiran yang menekankan unsur rasionalitas berkembang dengan pesatnya. Pasa masa itu lahir pelbagai temuan dan paradigma baru dibidang ilmu, dan terutamanya paradigma ilmu fisika alam. Heliosentris temuan Nicolaus Copernicus (1473 – 1543) di bidang ilmu astronomi yang membutuhkan paradigma geosentris, mengharuskan manusia menginterpretasikan pandangan dunia, tidak hanya pandangan dunia ilmu tetapi juga dunia keagamaan.

Selanjutnya ciri kedua adalah apa yang dikenali dengan deisme, iaitu suatu pahaman yang kemudian melahirkan apa yang disebut Natural Religion (Agama alam) atau agama akal. Deisme adalah suatu ajaran yang mengakui adanya yang menciptakan alam semesta ini tetapi setelah dunia diciptakan, Tuhan menyerahkan dunia kepada nasibnya sendiri sebab ia telah memasukkan hukum-hukum dunia itu ke dalamnya. Segala sesuatu terjadi adalah sesuai dengan hukum-hukumnya. Manusia dapat menunaikan tugasnya dengan berbakti kepada Tuhan dengan hidup sesuai dengan hukum-hukum akalnya. Pahaman ini bermaksud menaklukkan wahyu ilahi beserta degan kesaksian-kesaksiannya, iaitu buku-buku Alkitab, mukjizat, dan lain-lain kepada kritik akal.

Kant berusaha mencari prinsip-prinsip yang ada dalam tingkah laku dan kecenderungan manusia. Inilah yang kemudian menjadi keunikan pemikiran filsafat Kant, dan terutama metafisikanya yang dianggap benar-benar berbeza sama sekali dengan metafisikan pra kant.

Keupayaan Kant ini dikenali dengan kritisisme atau filsafat kritis, suatu nama yang diberikannya sendiri. Kritisisme adalah filsafat yang memulai perjalannya dengan terlebih dahulu menyelidiki kemampuan kritik atas rasio murni, lalu kritik atas rasio praktis, dan terakhir adalah kritik atas daya pertimbangan.

1. Kritik atas Rasio Murni
Dalam kritik ini, kant menjelaskan bahawa ciri-ciri pengetahuan adalah bersifat umum, mutlak dan memberi pengertian baru.

Terdapat tiga perbezaan iaitu:-

  • Putusan analitis apriori; dimana predikat tidak menambah sesuatu yang baru pada subjek, kerena sudah termuat di dalamnya (msialnya, setiap benda menempati ruang).
  • Putusan sintesis aposteriori, misalnya pernyataan “meja itu bagus” di sini predikat dihubungkan dengan subjek berdasarkan pengalaman indrawi, kerana dinyatakan setelah (=post, bhs latin) mempunyai pengalaman dengan aneka ragam meja yang pernah diketahui.
  • Putusan sintesis apriori; disini dipakai sebagai suatu sumber pengetahuan yang kendati bersifat sintetis, namun bersifat apriori juga. Misalnya, putusan yang berbunyi “segala kejadian mempunyai sebabnya”. Putusan ini berlaku umum dan mutlak, namun putusan ini juga bersifat sintetis dan aposteriori. Sebab di dalam pengertian “sebab”. Maka di sini baik akal maupun pengalaman indrawi dibutuhkan serentak. Ilmu pasti, mekanika dan ilmu pengetahuan alam disusu atas putusan sintetis yang bersifat apriori ini.

Tiga tingkat pengetahuan manusia iaitu:

a) Tingkat Pencerapan Indrawi (Sinneswahrnehmung)
Unsur apriori, pada taraf ini, disebut Kant dengan ruang dan waktu. Dengan unsur apriori ini membuat benda-benda objek pencerapan ini menjadi ‘meruang’ dan ‘mewaktu’. Pengertian kant mengenai ruang dan waktu ini berbeza dengan ruang dan waktu dalam pandangan Newton. Kalau Newton menempatkan ruang dan waktu ‘di luar’ manusia, kant mengatakan bahawa keduanya adalah apriori sensibilitas. Maksud Kant, keduanya sudah berakar di dalam struktur subjek. Ruang bukanlah ruang kosong, ke dalamnya suatu benda yang boleh ditempatkan; ruang bukan merupakan “ruang pada dirinya sendiri” (Raum an sich). Dan waktu bukanlah arus tetap, dimana pengindraan-pengindraan berlangsung, tetapi ia merupakan keadaan formal dari fenomena apapun, dan bersifat apriori.

b) Tingkat Akal Budi (Verstand)
Bersamaan dengan pengamatan indrawi, akal budi bekerja secara spontan. Tugas akal budi adalah menyusun dan menghubungkan data-data indrawi, sehingga menghasilkan putusan-putusan. Dalam hal ini akal budi bekerja dengan bantuan antasinya (Einbildungskarft). Pengetahuan akal budi baru dieroleh ketika terjadi sintesis antara pengalaman inderawi tadi dengan bentuk-bentuk apriori yang dinamai Kant dengan ‘kategori’, yakni ide-ide bawaan yang mempunyai fungsi epistemologis dalam diri manusia.

c) Tingkat intelek / Rasio (Versnunft)
Idea ini sifatnya umpama ‘petunjuk kabur’, petunjuk-petunjuk buat pemikiran (seperti juga kata ‘barat’ dan ‘timur’ merupakan petunjuk-petunjuk). Tugas intelek adalah menarik kesimpulan dari pernyataan-pernyataan pada tingkat dibawahnya, iaitu akal budi (Verstand) dan tingkat pencerapan indrawi (Senneswahnehmung). Dengan kata lain, intelek dengan idea-idea argumentatif.

Kendati Kant menerima ketiga-tiga idea itu dan berpendapat bahawa mereka tidak dapat merasai pengalaman kerana pengalaman itu, menurut kant, hanya terjadi di dalam dunia fenomenal, padahal ketiga Idea itu berada di dunia noumenal (dari noumenan = “yang dipikirkan”, “yang tidak nampak”, bhs. Yunani), dunia gagasan, dunia batiniah. Idea mengenai jiwa, dunia dan Tuhan bukanlah pengertian-pengertian tentang kenyataan indrawi, bukan “benda pada dirinya sendiri” (das Ding an Sich). Ketiganya merupakan postulat atau aksioma-aksioma epistemologis yang berada di luar jangkauan pembuktian teoretis-empiris.

2. Kritik atas Rasio Praktis
Maxime (aturan pokok) adalah pedoman subjektif bagi pelakuan orang perseorangan (individu), sedangkan imperative (perintah) merupakan asas kesedaran objektif yang mendorong kehendak untuk melakukan perbuatan. Imperatif berlaku secara umum dan ia boleh berlaku dengan bersyarat (hypothetical) atau dapat juga tanpa syarat (categorical). Kategori Imperatif tidak mempunyai isi tertentu dan ia merupakan kelayakan formal (=solen). Menurut kant, perbuatan susila adalah perbuatan yang bersumber pada kewajipan dengan penuh keinsafan. Keinsafan terhadap kewajipan merupakan sikap hormat (achtung).Sikap inilah yang menggerakkan perbuatan manusia.

Pemikiran etika ini, menjadikan Kant dikenali sebagai pelopor yang melahirkan “argumen moral” tentang adanya Tuhan. Sebenarnya, Tuhan dimaksudkan sebagai postulat. Sama dengan pada rasio murni, dengan Tuhan, rasio praktis ‘bekerja’ melahirkan perbuatan susila.

3. Kritik atas Daya Pertimbangan
Kritik atas daya pertimbangan, dimaksudkan oleh Kant adalah mengerti persesuaian kedua kawasan itu. Hal itu terjadi dengan menggunakan konsep finalitas (tujuan). Finalitas boleh bersifat subjektif dan objektif. Kalau finalitas bersifat subjektif, manusia mengarahkan objek pada diri manusia sendiri. Inilah yang terjadi dalam pengalaman estetis (kesenian). Dengan finalitas yang bersifat objektif dimaksudkan keselarian di antara satu sama lain dari benda-benda alam.



TEORI UNIVERSALISME


UNIVERSALISME

Universalisme dalam konteks agama didefinisikan sebagai peringkat keyakinan mengenai penyebab, sifat, dan tujuan dari alam semesta , terutama ketika dianggap sebagai pembentukan badan, biasanya melibatkan ketaatan ibadah dan ritual, dan sering mengandung moral yang mengatur urusan manusia. Universalisme adalah istilah yang digunakan untuk menidentifikasi doktrin-doktrin tertentu mempertimbangkan semua orang dalam pembentukan mereka.

Universalisme mungkin menekankan prinsip-prinsip universal agama yang paling dan menerima agama-agama lain secara inklusif, percaya pada rekonsiliasi universal antara manusia dan ilahi. Misalnya agama-agama Abrahamik seperti Yudaisme, Kristian, dan Islam masih menenerapkan nilai universal doktrin mereka dan prinsip-prinsip moral kerana mereka merasa mereka adalah inklusif.

Sebuah keyakinan dalam satu kebenaran umum adalah juga lain prinsip penting. Kebenaran yang hidup dipandang lebih jauh jangkauannya dibanding nasional, budaya, atau batas-batas agama. Keadaan universalisme (Universalisme) menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang keputusan/tindakan adalah penting. Ini kerana kita tidak mungkin dapat meramalkan apa yang akan terjadi dengan tindakan atau keputusan dibuat. Prinsip universalisme menyatakan keputusan/tindakan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya kita yakin semua orang yang mengalami masalah serupa akan melakukan tindakan yang serupa seperti yang kita lakukan. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism (Deontological yang klasik Teori Mengikut Etika: Universalisme).

Pendekatan deontological terhadap etika berbentuk pengurusan adalah pada dasarnya terbalik dari teori teleological. Deontologi adalah dari istilah bahasa Greece yang merujuk kepada tanggungjawap atau kewajipan seorang individu. Mengikut Teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahan (hasil/kebaikan yang akan didapati) ini kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan/keputusan tersebut dibuat. Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan. Sekiranya anda mempunyai niat yang baik terhadap orang lain, ini menunjukkan anda mempunyai moral yang patut dipuji walaupun secara tidak sengaja anda sering kali menyakiti orang lain dengan sikap anda cuai.

Definisi

Teori Universal lebih memberikan perhatian kepada pemilihan keputusan atau tindakan yang akan memberikan kesan akhir sekaligus akan mendatangkan faedah menyeluruh, merangkumi semua lapisan masyarakat dan manusia sejagat. Konsep ini tidak memfokuskan kepada faedah yang akan diterima oleh masyarakat sahaja tetapi melihat kepada kesan menyeluruh yang akan diterima oleh masyarakat sejagat. Contohnya penghasilan senjata-senjata kimia dan biologi oleh Negara besar dilihat sebagai tindakan yang salah kerana walaupun ianya dihasilkan untuk keselamatan Negara tetapi ianya akan memusnahkan kehidupan sejagat manusia.

Teori universalisme (universalism) juga menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang keputusan/tindakan adalah penting. Ini kerana kita tidak mungkin dapat meramalkan apa yang akan terjadi dengan tindakan atau keputusan dibuat. Prinsip universalisme menyatakan keputusan/tindakan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya kita yakin semua orang yang mengalami masalah serupa akan melakukan tindakan yang serupa seperti yang kita lakukan. Universalisme memberi tumpuan kepada maksud sesuatu tindakan atau keputusan. Kepentingan sistem ini memberi tumpuan kepada tanggungjawab seseorang individu terhadap individu yang lain.

Walau bagaimanapun, maksud yang baik sahaja tidak boleh menjadikan yang tidak beretika menjadi beretika. Seperti yang dikatakan oleh Yusuf al-Qardawi, “maksud atau matlamat yang baik tidak menjadikan yang haram boleh diterima.” Apabila seseorang Muslim melaksanakan sesuatu niat yang baik dengan tindakan yang dibenarkan, tindakannya itu akan menjadi satu ibadah.

Tambahan lagi, sekiranya tindakan tersebut haram, maka Islam tidak membenarkan tindakan tersebut digunakan sebagai maksud untuk mendapat kebaikan. Sekiranya seseorang mendapat harta secara haram dan membuat kebajikan dengan menggunakan harta tersebut, dia tidak mendapat sebarang faedah dari kebajikan tersebut dan bebanan dosa masih kekal.

Universalisme dalam Etika

Satu pemahaman yang tersendiri universalisme dalam etika ialah prinsip etika adalah prinsip-prinsip untuk semua orang. Mereka menetapkan kewajipan untuk semua orang, menentukan hak untuk semua orang, senarai kebaikan untuk semua orang. Versi yang paling minimum universalisme beretika adalah tuntutan tentang bentuk prinsip etika atau piawaian. Ia adalah dakwaan bahawa prinsip etika memegang untuk semua dan bukan semata-mata bagi sesetengah orang, iaitu, untuk semua orang tanpa terkecuali.

Satu konsep kedua universalisme dalam etika menekankan kandungan dan juga bentuk dan skop prinsip. Prinsip yang memegang untuk semua orang akan menetapkan atau mengesyorkan yang sama untuk semua orang (Yahudi sama, hak, kemuliaan yang sama dan sebagainya). Penyokong prinsip sejagat melihat ini sebagai merit: mereka melihat kesamaan keperluan dan kelayakan sebagai beretika penting. Sebagai contoh, perbincangan hak asasi manusia sejagat menekankan bukan sahaja bahawa semua manusia mempunyai hak, tetapi mereka semua mempunyai hak yang sama.

Caj bahawa prinsip-prinsip etika yang menetapkan sama untuk semua abstrak daripada perbezaan antara kes-kes adalah benar, tetapi tidak merosakkan. Tiada prinsip tindakan - sama ada dalam bentuk sejagat atau bukan sejagat, sama ada skop kosmopolitan atau lebih kecil - boleh menetapkan dengan jumlah kekhususan; prinsip walaupun sangat jelas abstrak dari pelbagai keadaan. Ia mengikuti bahawa prinsip-prinsip tindakan sentiasa boleh berpuas hati dengan cara yang berbeza-beza. Satu prinsip seperti "Bercakap benar" tidak menetapkan apa yang kita mesti mengatakan kepadanya atau apabila; prinsip seperti "Bayar hutang anda" tidak menentukan cara atau kaedah pembayaran balik. Prinsip-prinsip abstrak dengan itu boleh membimbing tindakan tetapi membenarkan untuk tafsiran fleksibel atau aplikasi yang mengambil kira perbezaan antara kes.

Universalisme sebagai ajaran etika bererti sesuatu dapat dinilai sebagai baik apabila dapat memberikan kebaikan kepada ramai orang. Universalisma bererti memikirkan kepentingan umum di mana kepentingan individu tidak terpadat di dalamnya.

Prinsip Universalisme sebagai pedoman untuk menilai apakah suatu kaedah tindakan dibenarkan secara moral, sebagaimana dikemukakan oleh Kant, juga belum mencukupi untuk digunakan sebagai pedoman dan menentukan tindakan mana yang wajib di ambil. Prinsip tersebut seringkali juga tidak efektif, kerana tidak semua kaedah yang boleh diuniversalisasikan dengan sendirinya merupakan suatu kaedah moral atau suatu kewajiban yang mengikat. Sebagai contoh misalnya, kaedah untuk menggosok gigi terlebih dahulu sebelum mandi dan bukan sebaliknya dapat saja dijadikan kaedah yang berlaku umum, tetapi kaedah itu bukanlah kaedah moral dan bukan merupakan suatu kewajiban yang mengikat setiap orang.

Prinsip kunci dari universalisme adalah prinsip kant tentang imperatif kategoris yang terdiri daripada:
Pertama, seseorang harus memilih untuk bertindak, hanya jika ia berkemahuan untuk memberi kesempatan kepada setiap orang di muka bumi dalam situasi yang sama untuk membuat keputusan yang sama dan bertindak dengan cara yang sama.
Kedua, orang lain harus diperlakukan sebagai tujuan, tidak semata-mata sebagai alat untuk mencapai tujuan.

Ini bermakna, pendekatan ini memfokuskan diri pada kewajiban yang harus dilakukan seorang individu terhadap individu lain dan juga terhadap kemanusiaan. Menurut Kant persoalan universalisme berhubungan dengan yang disebut kant sebagai “kewajiban”, sehingga hanya ketika kita bertindak berdasarkan kewajiban kita. Jika kita bertindak semata-mata kerana dorongan perasaan atau kepentingan peribadi, maka tindakan kita tidak memiliki nilai moral sama sekali. Seperti dikemukakan Yusuf al Qaradawi jika kita kaitkan dengan ajaran Islam, niat (tujuan) baik tidak menjadikan yang haram menjadi boleh diterima.

a) Prinsip Kebarangkalian Universaliti
Kebanyakan ahli falsafah berpendapat bahawa asas kepada prinsip kategorical imperatives yang dikemukakan oleh Kant ialah setiap penilaian moral haruslah universal. Di mana sekiranya kita mengatakan seseorang individu telah melakukan tindakan yang betul maka tindakan yang serupa harus diterima sebagai betul sekiranya orang lain melakukannya. Dan sesuatu tindakan yang salah adalah tetap salah tidak kira siapa yang melakukannya kecuali terdapatnya alasan-alasan tertentu yang menjustifikasikan tindakan tersebut. Inilah konsep yang ditekankan oleh universal yang secara ringkasnya menerangkan bahawa kita harus konsisten terhadap penilaian yang dibuat.

b) Menghormati Insan
Terdapat konsep lain yang ada dalam kategorical imperatives iaitu idea yang dinamakan “respect for person”. Konsep ini menerangkan bahwa setiap orang haruslah menghormati dirinya dan orang lain sebagai makhluk bernyawa dan tidak boleh menyamakan manusia dengan objek. Ini kerana manusia mempunyai perasaan, kemahuan, kebolehan dan sifat-sifat lain. Oleh itu kehidupan insan sebenarnya mempunyai nilai intrinsik dan ianya semata-mata nilai kebendaan (instrumental value). Sekiranya insan ataupun dinilai sebagai objek semata-mata tanpa mempunyai tujuan selain daripada kegunaan yang boleh didapati daripada mereka maka ini mendorong kepada perbuatan tidak bermoral.

Teori Universalisme lebih sejalan dengan ajaran agama, di mana kepentingan umum didahulukan dan memfokuskan diri pada kewajiban yang harus dilakukan individu terhadap individu lain. Serta dalam pembahagian keadilan, ianya menekankan sifat adil terhadap setiap individu baik dalam hal pembahagian kekayaan, keuntungan, mahupun kerugian. Teori ini juga sejalan dengan ajaran agama yang mendukung prinsip keadilan.

Kelemahan Universalisme:

Adalah suatu kaedah prinsip moral yang berguna tetapi tidak mempunyai keutamaan dan kepentingan.
Contoh : Adalah sukar untuk melayan kehendak orang lain iaitu tidak semudah memenuhi kehendak peribadi kita. Penyelenggara stor adalah cara untuk mendapatkan barangan runcit kita Pelanggan adalah cara kita untuk mendapatkan mata pencarian kita; pekerja adalah cara untuk melengkapi kilang-kilang kita dengan kakitangan.

Kesimpulan
Keadaan Universalisme (Universalism) menyatakan niat/maksud yang tersirat di dalam membuat sebarang keputusan/tindakan adalah penting. Ini kerana kita tidak mungkin dapat meramalkan apa yang akan terjadi dengan tindakan atau keputusan dibuat. Prinsip universalisme menyatakan keputusan/tindakan tersebut dikira betul, tepat dan baik sekiranya kita yakin semua orang yang mengalami masalah serupa akan melakukan tindakan yang serupa seperti yang kita lakukan.

Kantian/Rights (Kantian/Hak) – Immanuel Kant percaya moral merupakan sesuatu yang universal dan setiap orang ada hak yang tertentu. Antaranya:

a) The right of free consent (Hak penyetujuan bebas). Setiap orang berhak untuk dilayan sekiranya mereka setuju dan bersedia untuk dilayan.
b) The right of privacy (Hak untuk bersendirian). Setiap orang berhak untuk melakukan, mendedah atau merahsiakan kehidupan peribadi.
c) The right of freedom of conscience (Hak untuk kebebasan menyuarakan rasa hati). Setiap orang berhak untuk tidak melakukan sesuatu sekiranya melanggar prinsip moral mereka selagi tidak bertentangan dengan pandangan masyarakat.
d) The right of freedom criticising (Hak untuk kebebasan mengkritik). Setiap orang berhak mengkritik suatu etika organisasi secara berhemat, selagi kritikannya tidak mencabuli hak individu di dalam organisasi tersebut.
e) The right of Fairness. (Hak proses Keadilan). Setiap orang berhak dibicarakan dengan adil sekiranya hak mereka dicabuli.

VIDEO KONSEP DAN FALSAFAH ETIKA


PESANAN KHIDMAT AWAM: JANGAN TIPU




PESANAN KHIDMAT AWAM: PENIAGA TIDAK BERINTEGRITI, HUKUMAN MENANTI




SIRI KULIAH UMUM ETIKA: ETIKA DEONTOLOGI IMMANUEL KANT 




TEORI KANTIANISME



SOALAN UJIAN

SOALAN DEONTOLOGI

1. Apakah maksud deontologi dari sudut istilah?
• Definisi Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada tanggungjawab atau kewajipan seorang individu.
• Deon bermaksud apa yang harus dilakukan (kewajipan) atau "yang diharuskan atau diwajibkan" (duty).
• Deontologi ialah suatu sistem moral/etika yang mengukur baik tidaknya suatu perbuatan semata-mata berdasarkan maksud si pelaku dalam melakukan perbuatan tersebut.

2. Mengapakah kita tidak boleh menilai sesuatu tingkahlaku atau perbuatan berdasarkan hasil tindakan itu?
• Mengikut teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya (hasil/kebaikan yang akan didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan / keputusan tersebut dibuat.
• Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.
• Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.
• Pendekatan deontologi sudah diterima dalam konteks agama sekarang dan merupakan juga salah satu teori etika yang terpenting. Contohnya seperti kewajipan seseorang yang memiliki dan mempercayai agamanya, maka orang tersebut harus beribadah, menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Falsafah ini juga mempunyai pandangan bahawa terdapat perkara-perkara yang kita tidak boleh lakukan walaupun untuk menghasilkan sesuatu yang baik.

3. Apakah tujuh perkara yang wajib ada pada diri manusia yang disenaraikan oleh W.D Ross? Jelaskan.
• Kesetiaan – berpegang kepada janji dan bercakap benar
• Penggantian (ganti rugi) – memberi pampasan kepada individu yang tercedera akibat tindakan salah kita
• Rasa syukur – membalas pertolongan yang telah diberikan kepada kita
• Keadilan – memastikan barangan yang dibahagikan kepada orang lain mengikutjumlah yang patut diterima olehnya.
• Beneficence – melakukan apa saja yang mampu untuk membaiki keadaan insane lain.
• Pembaikan diri – memperbaiki keadaan diri sendiri berkaitan dengan nilai dan kebijaksanaan.
• Nonmaleficence – mengelakkan kecederaan insan lain.

4. Apakah enam tanggungjawab muslim terhadap muslim yang lain? Adakah semuanya ini perlu dalam kehidupan manusia?
Rasulullah saw bersabda:“Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara:
(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
(2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya.
(3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
(4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit(mendoakannya dgn mengucapkan yarham_kallah).
(5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi.
(6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”.
(Hadith riwayat Muslim)

5. Terangkan konsep dalam deontologi?
• Konsepnya adalah menekankan suatu perbuatan berdasarkan kepada wajib atau tidaknya kita melakukan perbuatan itu.

6. Apakah maksud perbuatan baik dalam konsep deontologi?
• Perbuatan baik hanyalah berdasarkan kehendak yang baik dan semua perkara baik di sebut baik secara terbatas atau dengan syarat.
Contohnya : kesihatan, kekayaan, kecerdikan, adalah baik jika digunakan dengan baik oleh kehendak manusia. Tetapi jika digunakan oleh kehendak jahat, semua hal itu menjadi sangat jahat.
• Kehendak menjadi baik, jika bertindak kerana kewajipan. Kalau perbuatan dilakukan dengan suatu maksud atau motif lain, perbuatan itu tidak disebut baik, walaupun perbuatan itu suatu kecenderungan atau watak baik.

7. Jelaskan dua kewajipan moral?
• Kewajipan yang wajib dibuat tanpa syarat.
Contoh janji harus ditepati samada senang atau tidak, barang yang dipinjam harus dikembalikan walaupun pemiliknya sudah lupa.
• Kewajipan yang dibuat dengan syarat.
Contoh : jika ingin mencapai sesuatu tujuan, maka seharusnya memenuhi segala syarat untuk menuju tujuan itu.
Contoh : jika kita ingin lulus ujian, kita harus belajar dengan tekun tetapi sarana (belajar) itu hanya mewajibkan kita, sejauh kita ingin mencapai tujuan (lulus)

8. Adakah konsep ini sejajar dengan kehidupan manusia beragama? Jelaskan.
• Sebenarnya sebagai umat yang beragama, kita berpegang teguh pada Deontologi. Ada kalanya suatu perbuatan baik tetapi dikatakan buruk. Orang yang berpegang teguh pada agama pasti mengatakan bahwa perbuatan buruk itu dilarang agama. Dalam agama mana sekalipun pasti terdapat perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan walaupun untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Seperti agama Yahudi – Kristiani terkenal dengan sebutan The Ten Commandments seperti berdusta, mencuri, berzina, membunuh, dan beberapa lagi perbuatan buruk. Apabila ada pertanyaan mengapa hal – hal tersebut tidak boleh dilakukan pasti kita akan menjawab hal – hal tersebut merupakan larangan dari Tuhan, dan pastinya sepuluh larangan tadi juga tidak dibenarkan dalam ajaran agama lain.
• Begitu juga dengan agama Islam melarang semua perkara buruk kerana akan menganiaya orang lain. Oleh itu dapatlah disimpulkan disini bahawa pendekatan deontologi sememangnya diterima dalam konteks agama.

9. Dua prinsip yang perlu di penuhi dalam etika deontologi, terangkan?
• Supaya tindakan mempunyai nilai moral, maka tindakan ini harus dijalankan berdasarkan kewajipan.
• Nilai moral dari tindakan ini tidak tergantung pada tercapainya tujuan dari tindakan itu melainkan tergantung pada kemahuan baik yang mendorong seseorang untuk melakukan tindakan itu.Ini bererti walaupun tujuan tidak tercapai, tindakan itu sudah dinilai baik.

10. Mengapakah motivasi amat penting dalam etika deontologi ini? Jelaskan.
• Etika deontologi sangat menekankan motivasi, iaitu kemahuan yang baik dan watak yang kuat untuk bertindak sesuai dengan kewajipan. Kemahuan yang baik harus dinilai baik pada dirinya sendiri dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Maka, dalam menilai tindakan kita, kemahuan baik harus dinilai paling pertama dan menjadi syarat penting dari segalanya.

11. Dua perkara yang menunjukkan kelemahan falsafah deontologi, terangkan?
• Pertama, dalam kehidupan sehari-hari ketika menghadapi situasi dalam dilema, etika deontologi tidak memadai untuk menjawab pertanyaan bagaimana saya harus bertindak dalam situasi tegang semasa menghadapi masalah. Pada masa itu terdapat dua atau lebih kewajipan yang saling bertentangan,dan ketika itu kita harus memilih salah satu sambil melanggar yang lain, etika deontologi tidak banyak membantu kerana hanya mengatakan, bertindaklah sesuai dengan kewajipanmu.
• Persoalan kedua, sebagaimana dikatakan oleh John Stuart Mill, para penganut etika deontologi sesungguhnya tidak boleh mengelakkan dari pentingnya akibat sesuatu tindakan untuk menentukan apakah tindakan itu baik atau buruk. Para penganut etika deontologi secara diam-diam menutup mata terhadap pentingnya akibat suatu tindakan supaya tidak memperlihatkan pentingnya nilai suatu tindakan terhadap moral seseorang itu sendiri.

12. Apakah pandangan W.D Ros tentang persoalan pertama?
Beliau mengajukan prinsip prima facie. Menurut Ross, dalam kenyataan hidup ini, kita menghadapi berbagai macam kewajipan moral bahkan bersamaan dalam situasi yang sama. Dalam situasi seperti ini kita perlu menentukan kewajipan mana yang terbesar dengan membuat perbandingan antara kewajipan-kewajipan itu. Untuk itu, Ross memperkenalkan perbezaan antara kewajiban prima facie dan kewajipan-kewajipan sebenar (actual). Kewajipan prima facie adalah kewajipan yang selalu harus dilaksanakan kecuali kalau bertentangan dengan kewajipan lain yang sama atau lebih besar.

13. Apakah jawapan Adam Smith tentang permasalahan kedua?
Pandangan Adam Smith, mengenai persoalan kedua adalah, suatu tindakan dapat dinilai baik atau buruk berdasarkan motif pelakunya serta berdasarkan akibat atau tujuan dari tindakan itu. Hanya saja dipihak lain, bagi Adam Smith, motif dan kemahuan saja tidak dengan sendirinya menentukan nilai suatu tindakan. Juga motif tidak dengan sendirinya membebaskan seseorang dari kesalahan moral kerana tindakannya. Misalnya, seseorang tanpa sengaja membuang kulit pisang dipinggir jalan, kemudian kulit pisang itu menyebabkan seseorang yang lain terjatuh hingga terluka bahkan menemui kematian. Di sini jelas menunjukkan melakukan suatu tindakan yang salah secara moral, bukan kerana motifnya untuk melukai atau membunuh, melainkan tindakannya itu boleh mengakibatkan kerugian pada orang lain.



SOALAN TEORI KANTIANISME DAN UNIVERSALISME

1. Terangkan konsep utama yang menjadi dasar kepada Teori Kantianisme yang diperkenalkan oleh Kant?

2. Nyatakan peringkat-peringkat perkembangan yang dialami oleh teori-teori Immanuel Kant?

3. Apakah konsep utama yang menjadi dasar kepada teori Universalisme?

4. Nyatakan tiga (3) idea yang diperkenalkan dalam Teori Kantianisme?

5. Terangkan apakah perbezaan di antara Teori Kantianisme dan Teori Universalisme?



KUIZ


KUIZ DEONTOLOGI

1. Siapakah W.D Ross?

a. Ahli Falsafah Jerman
b. Ahli Falsafah British
c. Ahli Arkeologi British
d. Alhi Psikologi Arab

2. Berikan penerangan tentang istilah yang diberi dengan betul.
a. Kesetiaan - Berpegang pada janji
b. Penggantian - Membayar gantirugi yang dialami orang atas tindakan salah sendiri
c. Rasa syukur - Membalas pertolongan orang
d. Keadilan - Membahagikan bahagian orang lain selayaknya
e. Beneficence - Melakukan apa yang terdaya untuk membaiki keadaan org lain
f. Pembaikan diri - Memperbaiki diri dengan nilai dan kebijaksanaan
g. Nonmaleficence - Mengelakkan kecederaan kepada orang lain

3. Apakah maksud deontologi dari sudut istilah?
a. Kewajipan
b. Keharusan
c. Keringanan
d. Tanggungjawab

4. Berapakah perkara yang terkandung dalam “kewajipan” yang perlu pada diri seseorang?
a. 1
b. 3
c. 7
d. 9

5. Apakah perkara yang ditekankan dalam etika deontologi?
a. Komunikasi
b. Terapi
c. Kognitif
d. Motivasi

6. Apakah tindakan pertama yang harus dilakukan sekiranya diri mengalami konflik?
a. Sabar
b. Lapor kepada rakan rapat
c. Mengadu masalah
d. Berbincang

7. Satu kelemahan kefahaman Deontologi ialah mereka cuba mengelakkan
a. Tugasan bagi setiap insan
b. Kebaikan yang akan membawa kepada kehidupan yang baik
c. Akibat peraturan
d. Membayar cukai seperti setiap warganegara

8. Antara berikut yang manakah adalah kekuatan bagi pendekatan Deontologi?
a. Mengabaikan akibatnya
b. Peraturan adalah berasaskan sesuatu yang lain daripada akibat dan/atau analisis kos faedah
c. Terdapat pembahagian yang mana menjadi keutamaan peraturan ke atas orang lain
d. Menutup perbincangan moral

9. Siapakah yang mengatakan bahawa jika anda tidak boleh menyejagatkan tindakan anda maka ia dikatakan tidak bermoral?
a. Yesus
b. Jerman Kant Immanuel
c. Socrates
d. Yusuf Fletcher

10. Berdasarkan falsafah Deontologi, peraturan __________ bermaksud kepada memastikan barangan dibahagikan kepada orang lain mengikut jumlah yang patut diterima olehnya.
a. Kesetiaan
b. Rasa syukur
c. Semangat
d. Keadilan


Soalan betul atau salah

Tandakan √ pada perkara yang boleh diterima dan tandakan X pada perkara sebaliknya.
a. Niat baik dan buat tindakan baik. ............................... √
b. Niat baik tetapi tidak melakukan tindakan itu. ............................... √
c. Niat jahat dan melakukan tindakan jahat. ............................X
d. Niat jahat tetapi tidak melakukan tindakan jahat. ............ √
e. Peraturan Tuhan adalah satu-satunya peraturan moral yang boleh dipercayai dalam Teori Deontologi
    ................... X
f. Jermant Kant Immanuel menuntut bahawa seseorang yang beretika perlu mengikut peraturan mutlak
    ................... √
g. Teori Deontologi berdasarkan pelbagai faktor termasuk tindakan yang terakhir ................ X



KUIZ TEORI KANTIANISME DAN UNIVERSALISME

Soalan betul atau salah


a. Teori Kantianisme diperkenalkan oleh Jermant Immanuel Kant. (Betul/Salah)
b. Jermant Immanuel Kant merupakan ahli falsafah sosiologi.  (Betul/Salah)
c. Buku karangan Kant yang terkenal menerangkan teori Kantianisme ialah Foundations of the Metaphysics of Moral.  (Betul/Salah)
d. Menurut Kant dalam Teori Kantianisme, sesuatu tindakan adalah betul dari segi moral sekiranya tindakan tersebut adalah semata-mata didorong oleh good will dan salah sekiranya sebaliknya.  (Betul/Salah)
e. Menurut Teori Universalisme sesuatu tindakan adalah betul mengikut penilaian individu yang berasaskan kepada prinsip dan kewajipan atau tugas sebagai seorang insan.  (Betul/Salah)


a