Thursday 30 January 2014

SOALAN UJIAN

SOALAN DEONTOLOGI

1. Apakah maksud deontologi dari sudut istilah?
• Definisi Deontologi adalah dari istilah bahasa Greek yang merujuk kepada tanggungjawab atau kewajipan seorang individu.
• Deon bermaksud apa yang harus dilakukan (kewajipan) atau "yang diharuskan atau diwajibkan" (duty).
• Deontologi ialah suatu sistem moral/etika yang mengukur baik tidaknya suatu perbuatan semata-mata berdasarkan maksud si pelaku dalam melakukan perbuatan tersebut.

2. Mengapakah kita tidak boleh menilai sesuatu tingkahlaku atau perbuatan berdasarkan hasil tindakan itu?
• Mengikut teori etika ini, ia menyatakan nilai moral suatu tindakan tidak boleh dinilai ke atas kesudahannya (hasil/kebaikan yang akan didapati) kerana kesudahannya tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan / keputusan tersebut dibuat.
• Nilai prinsip bermoral sesuatu tindakan sebaliknya harus bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau melakukan tindakan.
• Teori ini menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat-akibat tindakan tersebut.
• Pendekatan deontologi sudah diterima dalam konteks agama sekarang dan merupakan juga salah satu teori etika yang terpenting. Contohnya seperti kewajipan seseorang yang memiliki dan mempercayai agamanya, maka orang tersebut harus beribadah, menjalankan perintah dan menjauhi laranganNya. Falsafah ini juga mempunyai pandangan bahawa terdapat perkara-perkara yang kita tidak boleh lakukan walaupun untuk menghasilkan sesuatu yang baik.

3. Apakah tujuh perkara yang wajib ada pada diri manusia yang disenaraikan oleh W.D Ross? Jelaskan.
• Kesetiaan – berpegang kepada janji dan bercakap benar
• Penggantian (ganti rugi) – memberi pampasan kepada individu yang tercedera akibat tindakan salah kita
• Rasa syukur – membalas pertolongan yang telah diberikan kepada kita
• Keadilan – memastikan barangan yang dibahagikan kepada orang lain mengikutjumlah yang patut diterima olehnya.
• Beneficence – melakukan apa saja yang mampu untuk membaiki keadaan insane lain.
• Pembaikan diri – memperbaiki keadaan diri sendiri berkaitan dengan nilai dan kebijaksanaan.
• Nonmaleficence – mengelakkan kecederaan insan lain.

4. Apakah enam tanggungjawab muslim terhadap muslim yang lain? Adakah semuanya ini perlu dalam kehidupan manusia?
Rasulullah saw bersabda:“Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada enam perkara:
(1) Apabila engkau bertemu dengannya hendaklah engkau memberi salam.
(2) Apabila ia menjemputmu maka penuhilah jemputannya.
(3) Apabila ia meminta nasihat hendaklah engkau memberi nasihat kepadanya.
(4) Apabila ia bersin dan bertahmid maka hendaklah engkau lengkapkan dengan bertasymit(mendoakannya dgn mengucapkan yarham_kallah).
(5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menziarahi.
(6) Apabila ia meninggal dunia hendaklah engkau mengiringi jenazahnya”.
(Hadith riwayat Muslim)

5. Terangkan konsep dalam deontologi?
• Konsepnya adalah menekankan suatu perbuatan berdasarkan kepada wajib atau tidaknya kita melakukan perbuatan itu.

6. Apakah maksud perbuatan baik dalam konsep deontologi?
• Perbuatan baik hanyalah berdasarkan kehendak yang baik dan semua perkara baik di sebut baik secara terbatas atau dengan syarat.
Contohnya : kesihatan, kekayaan, kecerdikan, adalah baik jika digunakan dengan baik oleh kehendak manusia. Tetapi jika digunakan oleh kehendak jahat, semua hal itu menjadi sangat jahat.
• Kehendak menjadi baik, jika bertindak kerana kewajipan. Kalau perbuatan dilakukan dengan suatu maksud atau motif lain, perbuatan itu tidak disebut baik, walaupun perbuatan itu suatu kecenderungan atau watak baik.

7. Jelaskan dua kewajipan moral?
• Kewajipan yang wajib dibuat tanpa syarat.
Contoh janji harus ditepati samada senang atau tidak, barang yang dipinjam harus dikembalikan walaupun pemiliknya sudah lupa.
• Kewajipan yang dibuat dengan syarat.
Contoh : jika ingin mencapai sesuatu tujuan, maka seharusnya memenuhi segala syarat untuk menuju tujuan itu.
Contoh : jika kita ingin lulus ujian, kita harus belajar dengan tekun tetapi sarana (belajar) itu hanya mewajibkan kita, sejauh kita ingin mencapai tujuan (lulus)

8. Adakah konsep ini sejajar dengan kehidupan manusia beragama? Jelaskan.
• Sebenarnya sebagai umat yang beragama, kita berpegang teguh pada Deontologi. Ada kalanya suatu perbuatan baik tetapi dikatakan buruk. Orang yang berpegang teguh pada agama pasti mengatakan bahwa perbuatan buruk itu dilarang agama. Dalam agama mana sekalipun pasti terdapat perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan walaupun untuk menghasilkan sesuatu yang baik. Seperti agama Yahudi – Kristiani terkenal dengan sebutan The Ten Commandments seperti berdusta, mencuri, berzina, membunuh, dan beberapa lagi perbuatan buruk. Apabila ada pertanyaan mengapa hal – hal tersebut tidak boleh dilakukan pasti kita akan menjawab hal – hal tersebut merupakan larangan dari Tuhan, dan pastinya sepuluh larangan tadi juga tidak dibenarkan dalam ajaran agama lain.
• Begitu juga dengan agama Islam melarang semua perkara buruk kerana akan menganiaya orang lain. Oleh itu dapatlah disimpulkan disini bahawa pendekatan deontologi sememangnya diterima dalam konteks agama.

9. Dua prinsip yang perlu di penuhi dalam etika deontologi, terangkan?
• Supaya tindakan mempunyai nilai moral, maka tindakan ini harus dijalankan berdasarkan kewajipan.
• Nilai moral dari tindakan ini tidak tergantung pada tercapainya tujuan dari tindakan itu melainkan tergantung pada kemahuan baik yang mendorong seseorang untuk melakukan tindakan itu.Ini bererti walaupun tujuan tidak tercapai, tindakan itu sudah dinilai baik.

10. Mengapakah motivasi amat penting dalam etika deontologi ini? Jelaskan.
• Etika deontologi sangat menekankan motivasi, iaitu kemahuan yang baik dan watak yang kuat untuk bertindak sesuai dengan kewajipan. Kemahuan yang baik harus dinilai baik pada dirinya sendiri dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Maka, dalam menilai tindakan kita, kemahuan baik harus dinilai paling pertama dan menjadi syarat penting dari segalanya.

11. Dua perkara yang menunjukkan kelemahan falsafah deontologi, terangkan?
• Pertama, dalam kehidupan sehari-hari ketika menghadapi situasi dalam dilema, etika deontologi tidak memadai untuk menjawab pertanyaan bagaimana saya harus bertindak dalam situasi tegang semasa menghadapi masalah. Pada masa itu terdapat dua atau lebih kewajipan yang saling bertentangan,dan ketika itu kita harus memilih salah satu sambil melanggar yang lain, etika deontologi tidak banyak membantu kerana hanya mengatakan, bertindaklah sesuai dengan kewajipanmu.
• Persoalan kedua, sebagaimana dikatakan oleh John Stuart Mill, para penganut etika deontologi sesungguhnya tidak boleh mengelakkan dari pentingnya akibat sesuatu tindakan untuk menentukan apakah tindakan itu baik atau buruk. Para penganut etika deontologi secara diam-diam menutup mata terhadap pentingnya akibat suatu tindakan supaya tidak memperlihatkan pentingnya nilai suatu tindakan terhadap moral seseorang itu sendiri.

12. Apakah pandangan W.D Ros tentang persoalan pertama?
Beliau mengajukan prinsip prima facie. Menurut Ross, dalam kenyataan hidup ini, kita menghadapi berbagai macam kewajipan moral bahkan bersamaan dalam situasi yang sama. Dalam situasi seperti ini kita perlu menentukan kewajipan mana yang terbesar dengan membuat perbandingan antara kewajipan-kewajipan itu. Untuk itu, Ross memperkenalkan perbezaan antara kewajiban prima facie dan kewajipan-kewajipan sebenar (actual). Kewajipan prima facie adalah kewajipan yang selalu harus dilaksanakan kecuali kalau bertentangan dengan kewajipan lain yang sama atau lebih besar.

13. Apakah jawapan Adam Smith tentang permasalahan kedua?
Pandangan Adam Smith, mengenai persoalan kedua adalah, suatu tindakan dapat dinilai baik atau buruk berdasarkan motif pelakunya serta berdasarkan akibat atau tujuan dari tindakan itu. Hanya saja dipihak lain, bagi Adam Smith, motif dan kemahuan saja tidak dengan sendirinya menentukan nilai suatu tindakan. Juga motif tidak dengan sendirinya membebaskan seseorang dari kesalahan moral kerana tindakannya. Misalnya, seseorang tanpa sengaja membuang kulit pisang dipinggir jalan, kemudian kulit pisang itu menyebabkan seseorang yang lain terjatuh hingga terluka bahkan menemui kematian. Di sini jelas menunjukkan melakukan suatu tindakan yang salah secara moral, bukan kerana motifnya untuk melukai atau membunuh, melainkan tindakannya itu boleh mengakibatkan kerugian pada orang lain.



SOALAN TEORI KANTIANISME DAN UNIVERSALISME

1. Terangkan konsep utama yang menjadi dasar kepada Teori Kantianisme yang diperkenalkan oleh Kant?

2. Nyatakan peringkat-peringkat perkembangan yang dialami oleh teori-teori Immanuel Kant?

3. Apakah konsep utama yang menjadi dasar kepada teori Universalisme?

4. Nyatakan tiga (3) idea yang diperkenalkan dalam Teori Kantianisme?

5. Terangkan apakah perbezaan di antara Teori Kantianisme dan Teori Universalisme?



1 comment:

  1. Halo, saya Helena Julio dari Ecuador, saya ingin berbincang dengan baik mengenai Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian mengenai topik ini. Perkhidmatan Pembiayaan FundingLe_Meridian memberi saya sokongan kewangan ketika semua bank di kota saya menolak permintaan saya untuk memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD, Saya cuba semua yang saya dapat untuk mendapatkan pinjaman dari bank saya di sini di Ecuador tetapi mereka semua menolak saya kerana kredit saya rendah tetapi dengan rahmat tuhan saya mengetahui tentang Le_Meridian jadi saya memutuskan untuk mencuba untuk memohon pinjaman. dengan Insyaallah mereka memberi saya pinjaman sebesar 500,000.00 USD permintaan pinjaman yang bank saya di sini di Ecuador telah memalingkan saya kerana, ia benar-benar hebat melakukan perniagaan dengan mereka dan perniagaan saya berjalan lancar sekarang. Berikut ialah Penyertaan E-mel Le_Meridian Pelaburan / WhatsApp Hubungi jika anda ingin memohon pinjaman dari mereka.Email:lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.comWhatsApp Hubungi: + 1-989-394-3740.

    ReplyDelete